Thursday 25 August 2011

Posto, posto... ada kad raya untuk semua dari fuza...



Assalammualaikum..... 



Moga Syawal yang bakal menjelma akan mengeratkan lagi silatulrahim antara kita semua... dan memberikan seribu erti bg yang meraikannya.. serta Aidilfitri ini menjadi hadiah atas kemenangan kita di bulan Ramadhan...  Amin.. :-)


Ikhlas dari: Fuza abdullah... Nice to meet u all friends.. :-)

My words: MATA, HATI dan CINTA


Jika CINTA hanya di MATA....
CINTA akan hilang saat MATA merasa kekurangan....

Jika CINTA datangnya pada HATI...
CINTA akan sentiasa Menemani....
CINTA akan sentiasa melengkapi...
CINTA akan sentiasa Meredhai...

CINTA yang di cari dengan MATA...
Pastikah akan bahagia selamanya...
CINTA yang dicari dengan HATI...
Kebahagiaan pasti akan menanti....



By: Fuza Abdullah

Footnote : Cinta yang sejati hanya pada Allah SWT... Dia sentiasa menyayangi walaupun diri kekurangan... sentiasa    memberi saat diri memerlukan... Carilah cintaNya, sebelum kamu mencari cinta hambaNya... Kerana tanpa CintaNya, cinta sejati dari hambaNya yang bertakwa bukanlah mudah untuk kau perolehi... Percayalah dengan Janji-janji Allah... sesekali Dia tak akan menghampakan hambanya yang sering berusaha, bertawakal dan mengingatiNya dalam setiap doa yang dipanjatkan.. Semuanya bermula dengan HATI... jangan percaya pada pandangan MATA... kerana mata mampu merosakkan HATI... Jagailah kemanisan IMAN.. Hanya Iman yang bertakhta di hati mampu mengesan apa yang tersirat.... SesungguhNya Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya... Kita sebagai hambanya hendaklah selalu berdoa dalam mendapatkan yang terbaik dan diredhainya dalam setiap langkah yang dicipta...
Wallahuallam... :-)

Wednesday 24 August 2011

Ahli Falak Ramal Aidilfitri selasa depan...


KUALA LUMPUR – Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.

Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).

“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.

“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.

Sumber: Kosmo

Footnote: Teringat kenangan pegi cerap anak bulan kat perlis dulu.... Time study... tp waktu tu, g cerap anak bulan ramadhan... Cantik sangat... Kitaorang cerap guna total station seperti pic kat atas... memang nmpak jelas klau time cerap tu xda awal tebal... Total station tu juga boleh digunakan untuk cerap matahari... tapi jgn cerap terus tnpa cover yg dia sediakan...nnti rosak mata.. cerap matahari ni tujuannya.. untuk tentukan kedudukan atau position kita di atas bumi.. True Azimuth.. Contohnya Latitude n longitude..  tp pnjang sngt pengiraannya... Penat.. Coz kena buat 15 cerapan... satu cerapan pun dh amik masa lama.. Sakit mata... pengiraannya pun panjang... so, ada juga la yg menipu waktu pengiraan time study dulu.. tp kena pintar nak menipu kira ni.. kang x pasal2 kena tgkap ngan lecturer.. tp itu time study la... sebnrnya.. klau yg dh cekap tu, memang kejap je nak buat semua ni... software pun ada, x pyah susah2 nak kira... tp nak belajar, semestinya kena blajar yg basic dulu kan... hehe..

Novel: Cinta Kontrak

Salam... sesiapa yg minat novel boleh la baca entry ni... yg x minat pun boleh juga baca... hehe.. Ada Novel terbaru... macam best.. n fuza rasa nak beli.. tajuk dia Cinta Kontrak...  Nak tahu lebih lanjut  jom tgk bawah... :-)



(NOVEL DI PASARAN) CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada

DISKAUN 20% untuk novel ini di outlet POPULAR seluruh negara


"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.


Tuesday 23 August 2011

Segmen Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail

Assalammualaikum... tetiba rasa macam nak join segmen Alif ni... Nak tau lebih lanjut.. Tgk banner kat bawah n click... :-)


Fuza nak sngt doodle dr alif ni.. doodle yg dia buat semua kiut miut... berminat sangat... sebelum ni fuza x tau apa tu doodle.. biasa la.. baru jejak kaki dalam dunia blog ni.. hehe.. sekarang dh tau la..  Fuza nak buat sendiri x pandai.. so, harap sngt alif dapat tolong buatkan doodle yang comel tuk fuza... :-)

Klau boleh.. Fuza nak doodle mata hitam... Hitam itu menawan... :-)

Dodol di jual di dalam pekan..
Dodol di makan bersama rakan..
Sangat berharap doodle di buatkan...
Ucapan terima kasih saya hulurkan... :-)



Footnote : 
Smile... :-)
senyum itu sedekah.. Milikilah.. 
Sebuah hati yang tidak pernah membenci,
Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar,
Sebuah senyuman yang tidak akan pernah menyakitkan dan,
Sebuah persahabatan yang tidak akan pernah berakhir.... :-)

Monday 22 August 2011

Penantian....



Saudaraku, jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah. Demi ALLAH, dia tidak datang KERANA kecantikan dan ketampanan,kepintaran ataupun kekayaan. Tetapi Allahlah yg menggerakkan HATInya. Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta dan kunci'' hati rapat2''. ALLAH akan menjawabnya dgn lebih indah di saat yg tepat. Insya ALLAH..

Ucapkanlah kalimah Allah...


Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-2an selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Thanks to Ikhwan...

Entry kali ni... fuza nak ucapkan terima kasih buat adik ikhwan sebab buat entry khas utk fuza... katanya menaikkan semangat nak raya bila buka blog fuza... hehe... malu la pula, puasa x habis lg.. dh nak raya.. :-)

Ok la... ni blog Ikhwan.. smart blog dia... tema green n black..  Blog dia pun Ok n menarik... follow la blog dia... nak tau lebih lanjut  jom kenal ikhwan... click banner kat bawah ni.. :-)


p/s: Sebaik-baik sehabat di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap temannya... dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya (Hadis Riwayat Al-Hakim)... :-)

Saturday 20 August 2011

10 Surah dapat menghalang 10 perkara...



10 Surah dpt mghalang 10 perkara :

>Surah Al-Fatihah dpt mghlg kemurkaan Tuhan.
>Surah Yaasin dpt mghlg dahaga pada hari Kiamat.
>Surah Ad-Dukhaan dpt mghlg huru-hara hari Kiamat.
>Surah Al-Waqi'ah dpt mghlg kefakiran.
>Surah Al-Mulk dpt mghlg azab kubur.
>Surah Al-Kautsar dpt mghlg kejahatan musuh.
>Surah Al-Kafiruun dpt mghlg kekufuran ketika waktu nazak.
>Surah Al-Ikhlas dpt mghlg sifat nifaq.
>Surah Al-Falaq dpt mghlg hasad dengki manusia.
>Surah An-Naas dpt mghlg was-was.

p/s: Bersama-samalah kita mencari dan menghayati kelebihan Ayat2 serta surah2 yang terkandung dalam kitab suci Allah swt... semoga bermanfaat... :-)

Friday 19 August 2011

Mencari malam Lailatul Qadar.. Bagaimana????

Ihsan Google

Seperti yang kita ketahui, Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya... maka kita sebgai umat islam digalakkan untuk merebut pahala di sepuluh malam terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam terakhir ini adanya malam Lailatul Qadar. Di malam itu malaikat dan Ruh turun dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan.


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Thursday 18 August 2011

Give away From Wirda Warna

Assalammualaikum.. hari ni fuza rasa macam teringin lak nak join GA from blog Wirda warna ni.. macam best jer contest ni... Klau nak join.. korang boleh click banner kat bawah ni... Boleh tahu lebih lanjut tentang GA ni..


Nak tau apa yang bestnya tentang GA ni.. semestinya la hadiah yang di tawarkan... jeng, jeng, jeng.. this bag... cantik kan..

 
Senang jer nak join ni... korang hanya perlu like... WirdaWarna facebook page dan satu lagi follow blogshop WIRDAWARNA .. just follow n like jer.. lagipun x rugi like n follow dua page tu... dalam page tu ada jual bermacam2 jenis bag yang comel n cute dengan harga yang berpatutan... Nak beli memang ok sngat.. isi jer form yang disediakan dalam page tu... confirm cantik punya la...  Jom join.. sambil membeli belah...  boleh pakai raya nanti...  :-)

Nak tag kawan2 pula la... 

Ok done... :-)


Baju Raya...




Baju Raya....

Di pakai indah di pagi raya...
Semua memandang tertawan padanya...
Tak cukup satu, berpasang2 dibelinya...
Pada yang mampu untuk dimiliki..
Hanya untuk puaskan hati mempamer pada yang melihat...

Baju Raya...

Senangnya hati.. dapai memilikimu..
Betapa pentingnya kamu di pagi raya...
Membuatkan  insan merasa gembira... 
Namun masih ada lagi yang derita..
Kerana sepasang dirimu masih tak dimiliki...
Dirimu hanya dipandang namun x dpt dimiliki...
Hanya mengharap pada yang simpati...
Namun pastikah dijumpai???

Sekadar renungan kita bersama dari fuza...

Pesanan:

Tiap2 tahun berpasang-pasang baju raya kita beli... satu xpernahnya cukup.. paling sedikit dua pasang... Xpernah puas... niat di hati nak kelihatan cantik di hari raya... tapi.. tanpa kita x sedar kita hanya mementingkan diri dan hanya melakukan pembaziran... Namun tiap2 tahun juga ada insan yang menderita kerana walau hnya sepasang baju raya  tapi susah untuk dimiliki... kita hanya melihat.. tapi x pernah memberi.. Memang benar kita hanya pentingkan diri... salahkah.. di hari raya ini... kita cuba untuk mmbhagiakan orang lain.. membantu mereka juga untuk memiliki sepasang baju raya... walau x banyak, sedikit pun dah boleh buatkan mereka gembira... InsyaAllah... kebahagiaan untuk semua...  apa yang kita ada x semestinya milik kita... sama2 lah kita membantu... Sekadar renungan bersama... daripada fuza..  Selamat hari raya.. Semoga raya kali ini lebih bermakna.. :-)





Wednesday 17 August 2011

BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

Asslammualaikum.. firstime nak join segmen bersama Ben Ashaari... tetiba tertarik nak berikan pendapat.. MENGAPA WANITA CURANG...  jika nak join.. klik la banner di bawah:


Pendapat saya ialah:

Bagi saya la… semuanya mesti lah melihat kepada keperibadian seorang wanita… buruk atau baik.. 

Yang pertama… jika wanita tu jenis yang Materialistik… confirm la dia akan curang jika ada lagi lelaki yang lebih baik, yang lebih kaya dari boyfriend dia… Klau jenis wanita yang macam ni.. dh berkahwin pun x mustahil akan curang jika hidup susah… hanya memandang harta dan benda.. jika susah pasti xkan dapat hidup bersama… Yang ini memang saya x suka la.. walaupun saya sendiri seorang wanita…


Ketam masuk perut...

Eh, bukan ketam yang hidup tu yer masuk dalam perut... ketam yang dh masak... hehe.. suspen jer tajuk.. fuza ni sebenarnya pantang nmpak ketam... xkisah la.. ketam masak apa.. semua suka.. tp fuza lebih suka.. ketam goreng jer.. makan tengah panas, garing2... memang sedap.. nyum, nyum...

Erm... hari tu teman tok g pekan hari beli barang2 dapur.. jlan2.. ternampak ada orang jual ketam.. sepinggan Rm5.. apa lg.. fuza pun beli la Rm10.. bermaksud 2 pinggan la kan...  hehe.. seronok sebab dpt beli ketam dgn hrga murah.. tp ketam ni kecil jer.. asalkan nama ketam... semua boleh masuk perut... 

Sesampainya kat rumah, fuza goreng ketam dan buat masak lemak ketam cili padi untuk hidangan berbuka... ini dia, fuza masak... seperiuk fuza masak.. sedap x??? hehe..


Sebenarnya senang jer nak masak lemak ni.... nak fuza ajar.. boleh jer... tp fuza xpandai tulis resepi ni.. harap korang faham la yer...  jom tgk bhn2nya...


Salam Nuzul Al-Quran untuk semua...



Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Seperti yang di ketahui, Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Tuesday 16 August 2011

Cara menangani secret admire...


Secret Admire atau Peminat Rahsia... hehe.. ada sesiapa yg ada ke??.. Siapa yang x bahagia kan.. tetiba diri ni diminati secara rahsia oleh seseorg... setiap kali pasti menerima panggilan, SMS, bunga atau kad ucapan daripada peminat misteri.... hehe.. dh macam artis lak.. bila dapat hadiah semua tu... sapa la yg nak bg kat cheq ni... dalam mimpi je la fuza... :-)

Tapii... kepada sesiapa yg ada peminat rahsia ni, Ingat.. kena lah berhati-hati.. Takut nanti malu sendiri... bukannya apa, takut juga klau ada yang ingin mengenakan kita... Namun.. x baik bersangka buruk ngan orang.. tapi adalah lebih baik kita berhati2 sebelum terus mempercayainya...  Jika ada sesiapa yg sedang melaui situasi ni.. kat sini fuza ada lngkah2 bagaimana cara nak tangani secret admire yg fuza jumpa dlm sebuah majalah dn nak kongsikan dengan semua.. xkira la lelaki ke perempuan... boleh je baca... jom ikuti langkah2 tersebut..

Yang pertama: Jangan terlalu ghairah..
Jika ini adalah pertama kali korang mempunyai secret admire dan korang terlalu gembira  kerana ada insan lain yg meminati korang... tapi jgn lah terlalu ghairah..  takut nnti x seindah impian... kawal emosi dan perasaan korang kerana mungkin secret admire bukanlah sehebat yang disangkakan.. takut nnti kecewa dalam diri...  klau tidak, masakan dia menyembunyikan diri... tp xbaik bersangka buruk dengan org.. think positive...:-)


Monday 15 August 2011

Mereka mati kelaparan kita mati kekenyangan...


Apa yang korang fikir yer tentang tajuk di atas????

Bila bercakap tentang bazar ramadhan, mesti teringatkan makanan... bila terfikirkan makanan, x mustahil berapa bnyak duit yg dikeluarkan dan berapa banyak makanan yang di beli semata-mata mengikut nafsu makan yang kononnya semua nak makan... tapi selepas berbuka, yang dimakannya hanya sebiji kuih dan sepinggan nasi... makanan yang lain??????? semuanya terbuang tanpa rasa bersalahnya.... Bnyaknya makanan dan banyaknya pembaziran yg dilakukan oleh rakyat Malaysia ni....

Sedarkah, betapa untungnya kita dilahirkan sebgai rakyat malaysia... namun, kesedaran yg sebenarnya x pernah muncul... hnya berbangga mnjadi rakyat Malaysia tp x pernah mensyukuri apa yg ada...  Kita di sini bersenang lenang mghabiskan duit, melakukan pembaziran tp xpernah mnyedari ada insan lain yang mnderita kelaparan... hidup dalam kesusahan...  mencari sebutir nasi pun susah.. kita di sini, tiap2 hari membuang berjuta-juta butir nasi ke tanah tanpa memikirkan pentingnya sebutir nasi... Fikir-fikirkan lah... Sekadar renungan....




Sedihnya tengok gambar ni... sangat menginsafkan...
Ya Allah jadikanlah hambaMu ini di kalangan umatmu yang sentiasa mensyukuri atas semua pemberianMu.. Amin..



Sunday 14 August 2011

Hari raya bakal mnjelma, mari kita berpantun sama-sama....


Tetiba lak terjumpa pantun ni... hehe.. rasa x sabar pula nak raya... Selamat hari raya.. :-)

KELANTAN
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Pesan cik fuza: Berhati-hatilah di jalan raya waktu balik kg nnti.. takut nnti beraya dalam hospital, klau nasib lagi x baik dalam kubur la gamaknya.. Ingat lah org tersayang k... Biar lmbat asal selamat.. :-)

TERENGGANU
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulan raya mung gile

Pesan cik fuza: xfaham juga kenape bulan pose leh jadi bengong... bulan raya pula jadi gila.. mungkin sebab terlalu ikut nafsu kot... nak sambut perayaan ni.. ala2 kadar sudah... tgk kepada keperluan.. jngn waktu bulan pose tu bengong sngt nak nak beli mcm2.. nak lawan jiran sebelah kononnya... alih2 dh lepas raya jadi gile.. coz hutang mcm bukit... hehe.. opss terkasar lak ayat.. :

PAHANG
Sepadan pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muka
Raya makan rendang sardin

Pesan cik fuza: Jgn masam2 muka yer sesama islam.. rendahkan hati bermaaf-maafan.. barulah bhgia.. dapat kunjungan rumah terbuka pun bnyak nnti... :-)

JOHOR
Cegitu cegini awak suke
awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
sama-sama bersuka ria

Pesan cik fuza: Nak smbut hari yg mulia, hari kemenangan kita sebagai umat islam hendaklah bersuka ria.. x  elok sedih2...:-)

MELAKA
Hawau kau berak merate
kaki bengkak ulau patok
klau balik naik kerete
Jangan pandu klau ngantok

Pesan cik fuza: Klau ngantuk semasa memandu nak balik kg tu... singgah rehat sebentar yer kawan2 kat hentian rehat tu.. jgn paksa diri memandu juga.. takut nnti terus tido kat kubur... huhu..

NEGERI SEMBILAN
Masok lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari raya Kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri 
(p/s: org kolumpu jgn kecil hati yer)

Pesan cik fuza: klakar juga baca pantun ni.. memang la kolumpo tu jadi sopi.. tp xde la hnya tinggal pencuri atau penyamun jer.. kesian kat org kolumpo yg xde kampung tu.. hehe... sapa yg xde kg tu.. jom la dtg kg fuza kat penang... :-)

SELANGOR/KUALA LUMPUR
Wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan buat tak tau
angpau ada bg wa dulu

Pesan Cik fuza: siape yg kenal fuza jgn lupa bg angpau sama fuza yer.. hikhik...:-)

PERAK
Gulai tempoyak ikan mayong
deroyan busok tebok tupai
pandu hemat ingat kampung
asal teman selamat sampai

Pesan cik fuza: sama mcm pesan sebelum ni la.. kena igt berkali-kali... berhati-hatilah di jalan raya.. pandu berhemat jiwa selamat.. :-)

KEDAH
Pi aloq staq terketaq-ketaq
lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi angpau

Pesan cik fuza: Kepada budak2 tu.. jgn nak pegi umah orng semata-nak mnta duit raya je k... pergi dengan niat nak raya... kesian klau pegi umah org tu.. tp orgnya susah.. x ke terketaq2 nak hulur angpau... :-)

PENANG
Nasi kandaq kedai mamak
anak mami juai pasemboq
lepas raya tak payah dok teriak
klau ceti mai ikut dapoq

Pesan cik fuza: Jangan sesekali berhutang dalam mmbelanja.. ikut kepada keperluan k... berjimat cermat amalan mulia.. :-)

PERLIS
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai tambah utang... 

Pesan cik fuza: sama jer ngan pesan kat atas tu... faham2 sendiri la yer.. :-)

Saturday 13 August 2011

Adakah cinta mcam tukar baju atau beli ayam kat pasar????


Amboi tajuk.. sebenarnya nak bebel cikit.... bila fuza tgk remaja2 sekrg... Diaorang ni, senangnya ucapkan perkataan cinta... perkataan cinta ni bg mereka bukan perkataan keramat lagi... bercouple.. kemudian putus... jumpa lagi pengganti... lepas tu couple... x sampai seminggu dah ada pengganti... yang bertunang pun.. dah lama bertunang.. tup2 putus.. lepas tu x smpai seminggu dah ada pengganti... ermmmm.. senangnya dapat pengganti... (Ni semua dr pemerhatian fuza) adakah ni yang dinamakan cinta... senang cari ganti macam tukar baju jer atau beli ayam kat pasar... mana nilainya sebuah cinta???

Ok.. bg fuza.. apa itu cinta??? Cinta satu perkataan yang indah... Anugerah terindah yang diberikan Allah untuk setiap hambaNya... bg fuza susah kot nak main ganti2 tmbhan lak bab cinta ni... org kata... 
"Perempuan selalunya inginkan yang PERTAMA, tp lelaki selalunya mencari yang TERAKHIR
betul ke??? jawapan fuza yer... sebab fuza pernah bercinta... dan dia merupakan cinta pertama fuza.. sebelum ni.. fuza memang susah nak jatuh cinta.. berkawan tu memang bnyk... tp kenapa lah fuza boleh terjatuh cinta dgn si dia pun x tahu... mugkin suka bergaduh kot... OPss.. sudahlah... xnak la bercerita sal dia lg... coz semuanya dah berlalu... dah terkubur pun... ditakdirkan kami xda jodoh... dia dah berkahwin dgn pilihan family...  Fuza dh lupakan dia dan maafkan dia... 

2 tahun selepas putus fuza masih mngharapkan dia... tp sekarang x la... sbb dia dh khwin.. xda apa2  perasaan dh kat dia.... apa yg fuza nak ckp kat sini... susah kot nak cari pengganti... (mengikut kepada pengalaman fuza la)  Persoalan yg bermain dalam otak fuza sekrg... macam mana diaorg tu senang ganti cinta macam ganti baju???  (sebab fuza sekrg x jumpa2 lagi cinta yg kedua)... ermm.. terfikir juga... susah kot nk terima cinta ni... bg fuza cinta bukan perkara main2.. ia melibatkan hati.. dan x mungkin juga akan melibatkan Iman seseorg andai sesuatu perkara berlaku... jangan main2 dengan cinta... Jadikan cinta tu satu anugerah Allah yg x ternilai... jaga dan bajai ia dgn iman... sebagaimana kita mnjaga amanah org... fikir-fikirkan yer... :-)

Nilainya sebuah cinta bg fuza terletaknya pada keikhlasan, pengorbanan dan tanggungjawab... Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya diredhai... Cinta sejati selalunya lahir ikhlas kerana Allah... :-)

Ujian dan Kehidupan...


Aku berjlan dan terus berjlan... kuharap dlm perjalanan akn ku temui sebuah pohon yg dpt meneduhkan aku dri terik matahari.. air sungai mengalir yg dpt menghilangkan dahagaku... dn kuharapkan jln yg aknku lalui adalah jln yg lurus terus ke destinasiku.. namun seringkali aku tersungkur.... bnnyak ranjau dan duri di hadapan yg perlu aku tempuhi... jgn sesekali berputus asa.. Igt itulah yg dinamakn KEHIDUPAN...

Ingatlah sayang... Allah berikan kita kesenangan.. tp tersembunyi disebaliknya UJIAN.. Allah berikan kita Kesusahan.. tp tersembunyi disebaliknya KENIKMATAN... Inilah Kehidupan yg pasti akan dijalani oleh Hamba Allah.. Mengertilah apa itu KEHIDUPAN... Hanya IMAN yg dapat mengesan apa yg tersembunyi di sebalik KEHIDUPAN...

Teruskanlah kehidupanmu walau sebesar mana pohon yang mnghalang perjalananmu.. seluas mana lautan di hadapan... Pasti ada jalan penyelesaiannya.. Yakinlah pada janji-janji PenciptaMu.. Bermohonlah padaNya.. kerana Dia lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... raihlah cinta dan RedhaNya... Cinta yang SEJATI hanya cinta Ilahi... InsyaAllah pasti semuanya mendapat kemudahan.. Amin.. :-) 

Bila dah jumpa kedai buku....


Erm... bila dah jumpa kedai buku.... tu la tempat yang pasti confirm aku akan masuk klau kuar g shopping atau apa2 je.. dan x sah klau aku x kuar x beli walaupun satu buku... memang aku ni gila buku.. tambahan lak, buku novel.. hehe...

Hari ni, pagi tadi saja kuar Sunway Carnival mall  shopping ngan my mom.. cari baju raya untuk adik lelaki aku... Haziq.. Aku apa lg.. Confirm2 masuk kedai buku popular... dan confirm2 juga duitku terbang melayang-layang meninggalkan aku dengan rasa x bersalahnya... Dua buah buku Novel aku beli hari ni... nak tau??? hehe..

Yang pertama...



Ni buku pertama yang aku pilih... cover comel... sinopsis pun mcm ok.. mengisahkan tentang seorang gadis yg bernama Noorul seorang penganggur.. tetiba terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harriss tan Sri Hamdan... macam best kan.. tp xtau la.. coz x baca lg...

Dan yang kedua...



Doktor Cinta ... jiwangnya... haha.. tgk tajuk mcam best jer... menceritakan seorang gadis yang terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan.. iaitu bos besarnya... 

Ermm.. x sabarnya nak baca... hehe.. Nak tahu best ke x.. kena la baca dulu... :-)


Friday 12 August 2011

Indahnya kasih

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Article ~ I luvislam.com

Seindah wanita...


Jadilah wanita yang dipandang INDAH bukan kerana kecantikan atau keindahan penampilan saja, kerana itu hanya pnampilan luar yang kelak akan kusam dengan berlalunya waktu. Tetapi indahkanlah kecantikanmu saudariku dengan tambahan IMAN dan TAQWA serta ilmu yang akan membawa keindahan batin mu. Kerana kemuliaan akhlakmu adalah dari tingkah lakumu.. itulah Seindah Wanita Solehah..

Nenekku sayang....

Tiba2, tringt kat nenek aku yg dh kmbali kat Rahmatullah... syg rindu sgt nenek... tmbhn lak bila bulan puasa, akulah org yg x sbr skali tggu nenek dtg umah tok bila giliran nenek tido umah tok... suka kacau nenek, tlng nenek tumbuk sireh, main tgn nenek yg dah kedut 2, kdg2, aku kna tmpar mnja ngan nenek, coz selalu usik nenek... argh rindunya... klau time nenek nak blik umah dia atau nak g umah tok lang, aku lah org pertama yg berat nak lepaskan nenek, walaupun dh besar, aku bleh lg nangis2... haha.. lawak tul.. padahal umah tok lang atau nenek, dekat je pun, x smpai 10 minit... haha.. aku nangis coz nnti aku xde teman tido, coz aku suka mnja ngan nenek...

Nenek baik sngt, dia x suka tggal n susahkan anak2 dia, so, toklang aku ad watkan dia pondok kecil tuk dia tggal, sblh ngan umah tok lang... kdg2, wk2 cuti, aku msti g umah nenek, tlong nenek sapu sampah umah n tlng masak ckit... nenek suka bela kucing gak.. kdg2 kesian kat nenek, biasala org tua... kucing berak pun x perasan.. kesian kat nenek pondok kecil dia berbau tahi kucing, so aku n adik la yg mncuci kdg2... huhu.. Nenek, syg rindu sgt zaman tu, klau nenek masih ad, kan best... syg blh mnja ngan nenek lagi...

Nenek aku meninggal pun, dia x pernah susahkan org gak.. dia x sakit pun, sehari sblum dia mnggal dia blh lg ajak tok lang aku kuar jln2, katanya nak tgk permandangan... tiba2, mlm 2, dia sakit, terus meninggal kat pangkuan tok aku... Senangnya Nenek meninggal.. Syg sentiasa syg n rindukan nenek.. Sayang Doakan nenek Aman di Akhirat sana dan ditempatkan dikalngan org2 mukmin yg soleh dan solehah... dan syg harap kita dpt berjumpa lg di akhirat sana... Amin... Al- Fatihah utk nenekku syg... :-)

Abang, Tunggu mak di syurga ya...


Ada satu kisah yang aku terbaca yang buatkan air mata ni menitis... mungkin cerita ni dah lama.. dan ada yang pernah membaca... tp aku ingin kongsikan juga kisah sedih ni... yang mnceritakan pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.... jom kita selami kisahnya...

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.


Thursday 11 August 2011

I have got one call again...


Tetiba tengah sedap tido.. bulan2 puasa ni... alunan lagu Mariah Carey bermain di telinga ni... sedar x sedar.. lagu apa la bunyi ni.. tetiba baru tersedar.. opss phone berbunyi... tp siapa pula la yang call ni... xkenal la pula no, mcm no office atau rumah... dengan tengah mamai2 ni... pick up saja la.. mana tahu hal penting...

"Asslammualaikum... apa khabar??" selamat berpuasa.....  dlm hati ... amboi siapa pula la ni.... lelaki yang bercakap tapi bercakap ala gaya formal... ermmm

Dengan sopannya aku pun mnjawab "Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat... selamat berpuasa juga..."
Si lelaki tu pun bercakap... Alhamdulillah... dah bangun tido??... dalam hati cakap lg.. amboi.. macam tahu2 jer aku baru bgn tido...cover2.. hehe..

Aku pun dengan malunya mnjawab lg.... Eh xda la En.... hehehe..

Sebenarnya nak bagitahu ni.. awak ada temuduga nanti pada 15/8 ni... dekat _______, Bawa________... bla,bla,bla.... (mode: malas nak taip coz bnyk sangt dia ckp)


Rupa-rupanya nak cakap pasal temuduga.... Temuduga untuk sebuah jabatan kerajaan... tp aku rasa x pegi kot.. coz aku dh terikat dengan keja kat Penang tu... lgpun gaji kat penang tu lebih bnyk dari yg kerajaan ni.. igt nak cari pengalaman kat company swasta dulu.. then baru apply kerajaan... hari tu sj jer mohon.. x sgka lak dipggil temuduga.... 

Tapi, baik pula En.yg call tu... xtau la pulak nama En tu apa... tp memang baik la... peramah lak tu.. daripada bersembang pasal temuduga terus bersembang pasal raya... nasib la... ramah sngat... siap dia ingatkan aku balik pasal temuduga ni...  Thanks yer En. xtahu nama coz informkan pasal temuduga ni... :-)

Wednesday 10 August 2011

Kisahku dan Raya...


Bila teringat hari raya yang bakal menjelma... fuza teringatkan pengalaman fuza beraya di perantauan.... Perantauan bg fuza ni xla jauh sampai abroad tu... oversea ada la...  just di sabah jer...hehe...

Ceritanya bermula... bila fuza dapat tawaran masuk pra-sains kat uitm sabah... tapi sebenarnya.. kos pra sians ni... fuzah dah tersalah faham memohon.. biasa la baru lepas sekolah... cikgu kaunseling fuzah ckp, kononnya.. pra-sains ni.. pra degree... so, apa lagi... mohon la fuza.. siap first choice lagi... alih-alih dapat.. dekat sabah lak tu.. igt nak mnta tukar... fuza call uitm tanya.. buat surat lg.. tp diaorag ckp kena blajar juga dalam tempoh satu sem... biasalah xda cable besar.. susah la sikit... so, dengan perasaan nak xnak terima juga... berat hati juga nak tinggalkan kampung halaman... lagipun.. fuza xnak masuk form 6... masa form 6 fuza amik kelas sains... bagi fuza susah... coz fuza x minat bio.. xsanggup fuza nak teruskan... tp pra-sains ni pun.. belajar bio juga... hehe..  lgpun sekolah yang fuza masuk form 6 ni, jauh dari rumah... kesian lak fuza tgk ayah fuza tiap2 hari hantar dan jemput fuza dari sekolah... nak x nak.. fuza pegi juga kat uitm sabah ni...tapi nasib baik la.. ada kawan sekolah yang rapat dengan fuza dpt sesama study kat situ... dia pun senasib dengan fuza... hehe.. namanya Eiha.. wktu sekolah dulu.. ada cikgu yang cakap kitaorang kembar... hehe.. nak pegi ke sabah dulu... abang eiha yang banyak tolong...



Anak dan mak....





Anak: mak.. apa ada dalam perut mak tu??
Mak: adik kamu la...
Anak: mak benci adik ke??
Mak: Ehh, x pernah mak benci anak mak...
Anak: Dah tu.. kenapa mak telan adik??
Mak: Bertuah betul budak ni.. nak kena hempuk ke..!!!

Hahaha... lawak2... lawak bulan puasa...

Tuesday 9 August 2011

Aku dan cinta...


Aku dan cinta??? dulu....

ermm.. bercakap mengenai cinta, dulu aku pernah bercinta... dengan seorang lelaki yg aku kenal melalui seorang kawan... tp malas la aku nak bercerita berkenaan percintaan kami... biarlah semua kenangan terkubur dgn masa.. harapan dan impian yang dibina musnah di tengah jalan... Aku xingin salahkan sesiapa, meungkin salah aku juga.. lebih baik berfikiran  positive...:-) Lagipun sekarang dia dh jadi milik orang.. berkahwin dengan pilihan family... aku mengaku, pada mulanya aku memang sedih bila dapat tahu dia akan berkahwin... tapi apa dayaku.. aku hanya mmpu melihat dan menangis dalam diam... akhirnya aku terfikir, buat apa aku nak meratap sesuatu yng bukan mnjadi milik aku... mungkin ada hikmah di sebaliknya... Aku doakan dia bahagia dan mndapat apa yang diimpikan... Aku redha dengan ketentuan Ilahi... mungkin ada yang terbaik buatku...  :-)

Aku dan cinta??? sekarang....

Erm.. bila fikirkan hal sekarang... tiada lagi lelaki yang dapat menghuni hatiku... nak kata aku terlalu kecewa dgn cinta lama dan xpercayakan lelaki.. tak juga... bukan x ada orang yang cuba mendekatiku... tp, hatiku bagai tertutup untuk menerima sesiapa buat masa sekarang... bukan aku tak ingin.... tapi.. aku masih x jumpa kunci yang dapat membuka pintu hatiku buat kali kedua... Apa yang aku boleh buat, aku hanya serahkan pada takdir dan masa yang menentukan....

Aku dan cinta?? pada masa akan datang...

Erm... bila fikirkan masa yang akan datang... aku harapkan.. cinta yang akan hadir dalam hidupku nanti adalah sebenar-benar cinta yang ikhlas buatku..... Aku mengharapkan cinta yang halal... hadir ikhlas kerana Allah.. Cinta yang akan membawa kami menuju ke taman syurga.. Taman yang dipenuhi dengan cinta... Cinta yang akan sentiasa membimbingku ke jalan yang benar... cinta yang akan memberiku bahagia dan cinta yang pastinya akan membuatku bertambah mencintai Allah swt... hanya kepadaMu Ya Allah aku memohon...  kerana Engkau lah yang mengetahui segalanya-galanya... dan Engkau juga lah yang menentukan segalanya.... Hanya kepadaMu aku berserah apa yang terbaik buatku...
Amin... :-)

Saturday 6 August 2011

Harta pusaka nenek




Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

hahaha.. lawak2... nenek moden.. macam gitu la gamaknya yer... hehe

Cara buat bedak sejuk...

                                         

Erm... entry kali ni, dah baca tajuk pun tahu kan.. apa yang fuza nak ceritakan kat sini... Bedak sejuk??? ermm... orang perempuan terutamanya mesti tahu kan apa itu bedak sejuk.. hehe.. semua orang pun tahu la... bedak sejuk ni selalunya orang perempuan la pakainya.. .. klau lelaki.... xpernah pula fuza tengok orang lelaki yang fuza nampak seumur hidup fuza ni pakai...tapi x tahu la kan.. klau orang lain yang fuza x nmpak... mungkin ada yang pakai... selalunya bedak sejuk ni orang pakai time malam... bertempek penuh muka bedak ni... putih dah macam hantu.. hehe... Tp bedak sejuk ni, banyak kelebihannya... Nak tau.. jom tengok bawah... jap lagi fuzah ceritakan cara yang paling simple nak buat bedak sejuk... jom tgk kelebihannya dulu... :-)


Kelebihan bedak sejuk :

1) Melicinkan kulit muka
mesti ramai yang tahu kan khasiat beras... bedak sejuk ni dibuat daripada beras yang di rendam dan beras pula memang diketahui baik untuk kulit muka.. so, x payah nak beli produk2 yang mahal2... just pakai bedak sejuk pun dah ok sebenarnya... asli pula tu... orang dulu-dulu xda pun alat kosmetik macam sekarang.. tap still cantik kan...

2)Minyak pada muka akan berkurangan dan muka rasa segar serta tegang
Klau pakai bedak sejuk ni, bila dah kering muka rasa gebu jer.. sebenarnya ia dapat serapkan minyak dan secara x langsung boleh la hilangkan sedikit jerawat.. hehe.. cuba la.. muka pun rasa segar jer...

3)Dapat menyejukkan kulit muka
Nama pun bedak sejuk... dah pasti la dapat sejukkan kulit muka... hehe...

Sebenarnya fuza rasa banyk lagi kelebihannya... tambahan pula jika bedak sejuk yang dibuat secara tradisional dan menggunakan ramuan tertentu.. pasti banyak khasiatnya... tapi ini fuza letakkan serba sedikit kelebihan yang fuza tahu hasil daripada pemakaian fuza sendiri... :-)


Friday 5 August 2011

Moreh oh moreh.....



Sempena bulan puasa ni yang paling popular sekali adalah makanan termasuklah aktiviti moreh yang amat popular terutamanya di kawasan-kawasan kampung.... Moreh ni selalunya di buat secara bergotong royong... makanan akan disediakan untuk mukmin dan mukminat yang hadir menunaikan solat terawih di masjid atau surau..


Di kampung fuza aktiviti moreh ini dibahagikan mengikut rumah dan hari tertentu... contohnya.. Pada hari pertama puasa rumah yang kena moreh adalah keluarga rumah A, keluargaRumah B dan keluarga rumah C... kemudian hari kedua puasa pula.. keluarga lain lak... begitulah seterusnya sehinggalah habis puasa atau solat terawih....

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!


Assalammulaikum... first time nak join contest dalam blog ni... tengok orang join macam best jer... hadiahnya pun macam best...dapat tahu contest ni pun dari seorang yang cute.. ini orangnya... Yojachingu thanks yer.. coz tag nama saya kat blog contest kamu... contest ini disponsor aleh dua adik beradik yang cute iaitu Mrs farhan dan kakaknya Aurora...  boleh join sesama... dan semoga menang la.... Jom la join... hadiahnya pun best di samping mengeratkan ukhwah... Ini contestnya...


Photobucket

Kalau nak join sila klik disini.... saya pun dah follow dua blog penganjur yang cute tu.. then.. saya nak tag bloger lain lak... :-) Orang-orang yang saya nak tag adalah... jeng jeng jeng... lihat di bawah...

sofia
si manis
zaimee
Cik tempe
Raifana

Sedapnya tgk pendrive ni...

Waaa.. bulan-bulan puasa ni... tetiba terjumpa pendrive yang nampak sedap ni... tergugat iman... silap hari bulan.. pendrive x masuk kat PC or laptop.. tapi masuk mulut... look interesting and delicious... nyum-nyum... klau sesiapa yang ada pendrive ni... lebih baik disembunyikan time bulan puasa ni.... Takuttt... takut apa tu faham2 sendiri la yer.. hehe.. jom tgk..


Waa.. sushi.. sedapnya...

Pendrive Dimsum.. nyum-nyum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...