Thursday 4 August 2011

Apa Itu Karma...


Mungkin setiap orang akan  mengalaminya... itulah lumrah kehidupan.. setiap apa yg dilakukan pasti akan dapat balasannya.. sama ada perkara itu baik atau buruk...  namun apa yg bermain di fikiran adakah itu berkaitan dengan KARMA...


Apa itu karma yer.. dan boleh ke kita percaya tentang hukum karma ni???  mari kita kaji sesama.. 

Seperti yang di ketahui, perkataan karma itu sendiri merupakan satu perkataan dari agama Buddha yang menjelaskan tindakan atau perilaku seseorg itu dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak atau ayat mudahnya "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat". Ada pula mengatakan setiap apa yg diperkatakan diatas adalah berkaitan denga wujudnya  karma dalam kehidupan manusia... dari mana datangnya karma ini? dan sejauh mana kewujudannya dalam kehidupan manusia??? dan apakah kebenarannya dapat ditemui dalam Islam...

Dalam sesuatu teori yang lain juga, saya ada menemui yang mengatakan Karma bukanlah sesuatu yang hanya berkaitan dengan agama buddha atau agama hindu sahaja. Karma membawa maksud perbuatan dan penyebabnya; sama seperti "reactivity theory". setiap manusia melakukan karma dari bangun pagi sehingga masuk tidur waktu malam. setiap perbuatan seperti berfikir, berbual, memandang, mendengar, menyentuh, makanan , minuman dan sebagainya yang kita lakukan seharian ada karmanya sendiri. Ini bermaksud, kita akan menanggung hasil setiap perkara yg dilakukan di kemudian hari. hasil yang kita dapat dari perbuatan kita mungkin sesuatu yang positive atau negative, atau sesuatu yang besar atau kecil, tetapi hasilnya pasti kita akan dapat. Contohnya:

Karma dari makanan boleh diterangkan sebegini :


Katakanlah kita makan Kari daging Kambing .Makan kari kambing adalah suatu kerja ; hasil atau karmanya yang kita dapat ialah seperti berikut.
  1. Badan kita dapat lemak , protien dan sebagainya
  2. Lemak badan kita bertambah
  3. Badan kita bertambah panas
  4. Akan diserang sakit kepala

Jika makan daging kambing berterusan Karmanya akan berubah seperti berikut :
  1. Tahap kolostrol dalam badan meningkat
  2. Mungkin akan diserang penyakit berkaitan jantung
  3. Tekanan darah meningkat
  4. Boleh menyebabkan kematian

Karma bukan sesuatu yang hanya berkaitan dengan  daging kambing atau makanan sahaja . Ini hanya mengunakannya untuk menerangkan erti karma dalam makanan. Karma ialah gaji , ganjaran atau denda yang kita dapat untuk sesuatu yang kita kerjakan , mungkin kita dapat terus hasilnnya atau mengambil masa yang lama.  Karmanya  tetap akan menyerang dan mengikuti kita sehingga dan selepas kematian...
Itu adalah berkaitan dengan theori karma.. namun, berbalik kepada apa yang dibincangkan sebelum ini, berkenaan tentang "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat" jadi saya cuba mencari satu implikasi atau sesuatu yg dapat dijadikan panduan yang hampir tepat, iatu sepotong ayat dari Al-Quran yang berbunyi:
"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."( Al-Furqaan 25:63 )
Berdasarkan ayat diatas adalah lebih baik, kita mendoakan kesejahteraan dan memohon agar dia bertaubat pada setiap perbuatan buruk yang dilakukannya. Apa pun yang berlaku dalam setiap kehidupan ini adalah DUGAAN yang dihadirkan PENCIPTA kita iaitu ALLAH kepada setiap hambanya samaada ujian kesenangan atau  kesusahan. Mungkin hari ini hari kita, tak mustahil suatu hari nanti kita juga akan mengalaminya.. semuanya atas izin Allah... kita sebagai hambaNya hendaklah redha diatas setiap yg telah ditentukan... Berdoa dan bermohonlah selalu kepadaNya agar ditetapkan IMAN. Hanya IMAN yang dapat mengatasi segala-galanya.. WALLAHUALLAM..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...