Wednesday 3 August 2011

Ayam Madu Nandos


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ditumbuk:
2 ulas bawang putih
separuh ibu jari halia.

Bahan untuk diperap:
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar NANDOS EXTRA HOT
4 sudu besar kicap

Bahan Lain:
8 ayam fillet atau boleh sesuka hati berapa banyak ayam hendak digunakan.
Minyak


Cara Memasak:

1. Perapkan ayam dengan bahan tumbuk dan bahan-bahan perap tadi dan biarkan seketika. Makin lama perapnya, lagi bagus.

2. Pijarkan minyak dalam kuali.

3. Goreng ayam tersebut seperti biasa dengan api yang kecil.

4. Apabila telah masak, boleh diangkat.


Hidangan untuk:
4 orang

Bahan-bahan boleh didapati di:

Sos Nandos di kedai Nandos .Selainnya boleh didapati dimana-mana kedai runcit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...