Tuesday 16 August 2011

Cara menangani secret admire...


Secret Admire atau Peminat Rahsia... hehe.. ada sesiapa yg ada ke??.. Siapa yang x bahagia kan.. tetiba diri ni diminati secara rahsia oleh seseorg... setiap kali pasti menerima panggilan, SMS, bunga atau kad ucapan daripada peminat misteri.... hehe.. dh macam artis lak.. bila dapat hadiah semua tu... sapa la yg nak bg kat cheq ni... dalam mimpi je la fuza... :-)

Tapii... kepada sesiapa yg ada peminat rahsia ni, Ingat.. kena lah berhati-hati.. Takut nanti malu sendiri... bukannya apa, takut juga klau ada yang ingin mengenakan kita... Namun.. x baik bersangka buruk ngan orang.. tapi adalah lebih baik kita berhati2 sebelum terus mempercayainya...  Jika ada sesiapa yg sedang melaui situasi ni.. kat sini fuza ada lngkah2 bagaimana cara nak tangani secret admire yg fuza jumpa dlm sebuah majalah dn nak kongsikan dengan semua.. xkira la lelaki ke perempuan... boleh je baca... jom ikuti langkah2 tersebut..

Yang pertama: Jangan terlalu ghairah..
Jika ini adalah pertama kali korang mempunyai secret admire dan korang terlalu gembira  kerana ada insan lain yg meminati korang... tapi jgn lah terlalu ghairah..  takut nnti x seindah impian... kawal emosi dan perasaan korang kerana mungkin secret admire bukanlah sehebat yang disangkakan.. takut nnti kecewa dalam diri...  klau tidak, masakan dia menyembunyikan diri... tp xbaik bersangka buruk dengan org.. think positive...:-)


Yang Kedua: Elak dari menghebahkannya..
Meskipun korang nak tahu sgt siape la secret admire korang tu.. tapi jgn la sampai menghebahkan satu dunia... elak juga dr membanggakn diri dan jgn sampai ada yg meluat ngn sikap korang tu.. takut nnti... memalukan diri... jika andainya ada yg ingin mengenakan korang jer atau orgnya x sehebat yg disangka... 

Yang ketiga: Jangan terpedaya..
Jangan mudah terpedaya dengan sikap ramah yang ditunjukkan peminat rahsia  korang melaui telefon atau ayat2 cinta yang dikirimkan untuk korang... kerana peminat rahsia ni ada kalanya 'over' dan di luar batas pemikiran... tapi korang boleh mnjadi pendengar setia.. tp bukan untuk mempercayai bulat2 apa yg diungkapnya atau dikarangnya..Isi surat yg berjela2 biasanya lebih kepada rekaan, ayat yang tersusun dalam SMS pula mungkin sudah dirancang.. oleh itu berhati-hati terhadap mereka yang bersikap hipokrit.. takut nnti termasuk perangkap yang dipasang... Kerana jika seseorg tu ikhlas, apa salahnya menunjukkan diri kan... 

Yang keempat: Dapatkan pandangan daripada kawan
Adalah lebih baik juga kongsikan situasi ini dengan teman rapat anda, mungkin juga dia dapat membantu mengagak siapa secret admire korang... dan juga tanyakan pendapat daripada teman korang apa yg perlu dilakukan.. mungkin dia boleh memberikan idea...dengan cara berkongsi masalah ini juga, mungkin boleh meringankan apa yg korang fikirkan tu...

Yang kelima: Siasat dalam diam..
Jika korang ada mengesyaki sesiapa yang korang kenal adalah secret admire korang.. adalah lebih baik korang siasat terlebih dahulu... siasat secara diam, jngan tunjukkan yg anda tengah menyiasat si dia.. bertindak dengan bijak dan teratur.. siasat melalui kwan2nya.. cara dia berckp, melalui tulisannya atau ikuti perkembangan secret admire korang tu secara rahsia... jangan sampai tersalah orang sudah, malu akibatnya nnti... 

Yang keenam: Jangan terlalu fikirkan
senang-senag anggap jer situasi ni adalah perkara biasa dan sering berlaku pada semua.. xpayah la terlalu memikirkannya sampai mengganggu tugas2 harian macam orang gila bayang.. selagi dia tidak muncul anggap je, xda apa2 pun berlaku... jika dia betul2 inginkan korang, pasti dia muncul.. buat apa sembunyikan diri... senang kan.. 

Apa2 pun dalam hidup ni always think positive and smile.. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...