Friday 5 August 2011

Moreh oh moreh.....



Sempena bulan puasa ni yang paling popular sekali adalah makanan termasuklah aktiviti moreh yang amat popular terutamanya di kawasan-kawasan kampung.... Moreh ni selalunya di buat secara bergotong royong... makanan akan disediakan untuk mukmin dan mukminat yang hadir menunaikan solat terawih di masjid atau surau..


Di kampung fuza aktiviti moreh ini dibahagikan mengikut rumah dan hari tertentu... contohnya.. Pada hari pertama puasa rumah yang kena moreh adalah keluarga rumah A, keluargaRumah B dan keluarga rumah C... kemudian hari kedua puasa pula.. keluarga lain lak... begitulah seterusnya sehinggalah habis puasa atau solat terawih....

Bagi keluarga fuza, aktiviti moreh ni kami kena pada hari kelima puasa... yang terlibat selain family fuza adalah pak njang fuza dan tok cik fuza... setelah disepakati, makanan yang akan disediakan adalah Bihun goreng... coz senang nak disediakan dan dibagikan pada penduduk kampung yang hadir ke surau... so, bergotong-royong la kami sekeluarga menyediakannya sebelum menjelangnya berbuka... hehe...


P/S: Ingat yer kawan-kawan... jagan nak pegi surau atau masjid semata-mata untuk dapatkan makanan selepas moreh tu.. hehe.. betulkan niat dulu yer... Ikhlas menunaikan solat terawih kerana Allah... Mudah-mudahan sentiasa diberkati... Amin.. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...